Kepelbagaian jalan hidup seseorang telah di tentukan oleh Tuhan , bak kata pepatah " manusia hanya merancang ,Tuhan yang menentukan" . Apa pun situasi , sama ada benci, kecewa dan sedih , kita harus melaluinya . Hidup kita umpama kertas kosong yang kita sendiri menulisnya segala perbuatan dan penuh kekurangan yang harus di lengkapi. Melalui apa pengalaman kita, tentu masing2 ada kisah hidup samaada pahit mahupun manis . Yang baik di jadikan Teladan dan yang buruk di jadikan pengalaman agar ia tak akan di ulangi lagi.
Selain daripada suka dan duka hidup kita, walo sebesar mana pun dugaan yuang pernah kita alami .. Sentiasa bersabar kerana segalanya yang berlaku tentu ada hikmahnya. Saya sungguh pasti ada juga antara kita yang buntu menghadapi rintangan hidup kan? Apa pun , percaya lah , kita di anugerahi akal, kita bukan bodoh untuk berfikir . Melainkan kita tidak dapat menerima diri sendiri. Belajar lah memaaf dan menerima dalam kehidupan kerana sesuatu hal itu akan menjadi senang jika kita bersedia menghadapinya.
Seperti mana yang kita lihat , banyak hal yang kita dengar, samaada meniti bibir ke bibir mahupun dada-dada akhbar betapa rakusnya manusia sekarang . Mereka lebih kepada duniawi . Ada yang sanggup melakukan demi masa depan dan ada juga yang terpaksa. Hal sedemikian sememangnya berpunca dari diri kita sendiri . Tentu ramai yang menyangka hidup mereka sia-sia. Namun sedemikian, adakalanya mereka silap menilai erti kehidupan mereka sehingga mereka sesat .
Tidakkah , kita kesali perbuatan masa lampau kita? sungguhpun begitu , kita perlu kembali kejalan asal, seperti mana Tuhan beri kita. Sembuhkan lah diri kita melalui kasih dan firman TUHAN . Mungkin saat ini kita jatuh tersunggkur , sehingga kita tak mampu bangun kembali . Tapi apa yang pasti saat yang di lalui itu walo sebesar mana peritnya . Bangun lah ! maka berjalan lah mengikut jalan yang di beri kepadamU ! .Wahai, kawan2 .. hanya kita yang mampu membentuk hidup kita indah di susuli kebahagiaan.
Sesungguhnya , hidup kita seperti gelas kosong yang perlu di isi untuk minum , demikian juga hidup kita perlu di isi demi kehidupan seterusnya . Belajarlah memahami erti kehidupan sebenar , sungguh .. saya pasti ia lebih bermakna dan membuat kita lebih bersemangat melalui hari-hari seterusnya .Sejauh mana sesuatu masalah itu tidak bermaksud kita lemah untuk menghadapinya . Berterima kasih pada-NYA kerna memberi kita hidup hari ini ! . Syukur Tuhan !.

No comments:
Post a Comment